Siapa sangka rumah yang kelihatan biasa ini mampu diubahsuai menjadi sebuah rumah yang cantik dengan rekaan minimalis.

Terbaharu, pengguna Twitter @_azizulazman telah berkongsi beberapa keping gambar rumah yang diubahsuai dan mendapat perhatian netizen.

https://twitter.com/_azizulazman/status/1268169852503482368

Rumah teres di Titi Gantung, Bota, Perak itu telah diubahsuai oleh arkitek buatdesign. Kita lihat dahulu keadaan rumah tersebut sebelum diubahsuai. Ayuh kita mulakan.

EZlxvncU0AI_I48

EZks9A2U4AI9oD4

EZktFsZVAAEj5A1

EZlxvnbU0AAhHOT

Anda dapat lihat rumah tersebut seperti sudah lama terbiar dan merupakan rumah lot tepi. Semestinya mempunyai ruang yang banyak untuk diubahsuai.

Mesti anda sudah tidak sabar untuk melihat rekaan rumah ini selepas diubahsuai dan diberikan sentuhan moden minimalis. Jom kita lihat bagaimana trasformasi rumah tersebut.

EZlxvnUVcAE-45k

EZl3WGCUYAAJKO3

EZl3WGCU0AAqGdO

EZl3WGAU4AEwB1Z

EZktGKoU0AAekYD

EZks9-fU4AAWU6C

EZl3WGAU0AAhzw_

EZlxvncU8AESfYb

EZkuhZBUYAMSDEw

EZkuh1xUYAAQy0x

EZkuiNeUMAARB1g

Penggunaan warna putih dan hitam pada rumah ini membuatkan rumah ini kelihatan luas, kemas dan cantik. Semua kawasan disambungkan dengan pembahagian iaitu pintu kaca untuk membahagikan ruang.

Perabot moden dan minimalis digunakan dan ditambah dengan warna tambahan untuk membuat kontras. Sudah namanya minimalis, memanglah tidak mempunyai perabot yang banyak.

Ditambah dengan hiasan daun berwarna hijau di penjuru ruang di ruang tamu menaikkan seri ruangan tersebut. Minimalis memang terbaik!

Buat anda yang ingin mengubahsuai rumah anda, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk mengubahsuai dengan rekaan ini. Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi buat anda diluar sana.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa rekaan rumah untuk anda jadikan sebagai inspirasi. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Cantik Dan Kemas, Lihat Transformasi Rumah Flat Dengan Rekaan Moden Bermodalkan RM1,300

Lama Terbiar, Lihat Bagaimana Rumah Kampung Ini Diubahsuai Dengan Rekaan Moden

Bagaimana Rumah ‘Pecah’ Diubahsuai Jadi Menarik Dengan Kos Renovasi Bawah RM8K