Dahulu, ‘mengembara’ melihat kawasan sekeliling menggunakan Google Street View adalah sesuatu yang dikira berharga. Ia seperti satu hobi untuk melihat bandar-bandar besar melalui aplikasi Google yang dibangunkan pada 2007.

Namun kini, anda juga berpeluang untuk merentasi masa dan melihat sendiri keadaan dunia pada masa lalu melalui peta interaktif yang dibangunkan oleh dinasourpictures.org.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Peta ini mempunyai pelbagai ciri yang memudahkan anda mempelajari lebih lanjut mengenai Bumi, dari khatulistiwa hingga penjelasan mengenai dinosaur dan bunga yang wujud pada tahun yang dipilih.

Screenshot 2020-09-02 at 1.36.09 PM

Kata pencipta Ian Webster, peta ini akan menunjukkan perubahan pada persekitaraan disebabkan sejarah bumi yang panjang daripada apa yang kita ketahui, “Wajah planet ini akan terus berubah pada masa akan datang,” katanya.

Dia yang juga merupakan individu yang bertanggungjawab membina pangkalan data dinosaur digital terbesar di dunia telah bekerjasama dengan Ancient History untuk membina peta interaktif tersebut.

Ancient Earth itu sendiri adalah hasil daripada Projek Peta Paleo yang dilakukan oleh paleografer Christopher Scotese. Peta ini menggambarkan perkembangan plat tektonik sejak 750 juta tahun, tidak lama selepas alga hijau berkembang buat pertama kalinya.

Di dalam dunia Webster, anda akan dapat melihat sendiri bagaimana keadaan dunia selama beratus-ratus juta tahun dahulu. Anda juga berpeluang untuk melompat pada tahun-tahun di mana sejarah dunia bermula dengan memilih beberapa pilihan yang terdapat di bahagian kanan atas aplikasi.

Screenshot 2020-09-02 at 1.36.30 PM

Kuala Lumpur adalah tanah lapang semasa zaman Jurassic sekitar tahun 170 juta tahun lalu. Manakala jiran kita Indonesia ketika itu belum terbentuk dan masih tenggelam. Sebaliknya, Tokyo telah menjadi sebahagian daratan besar yang berdekatan dengan Kutub Utara.

Manakala pada 750 juta tahun lalu, Kuala Lumpur masih tenggelam dan berada berhampiran dengan bahagian kawasan antartika dan berada jauh dari garisan Khalulistiwa. Di bahagian kiri bawah, anda berpeluang membaca lebih terperinci situasi dunia ketika itu.

“Saya kagum kerana ahli geologi dapat mengumpulkan data yang menunjukkan rumah saya 750 [juta] tahun yang lalu, dan saya rasa anda juga harus menikmatinya,” tulis Webster.

Terdahulu, seorang lelaki berjaya menipu Google Maps dengan menghasilkan ‘traffic jam’ palsu. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Lelaki Ini Berjaya Menipu Google Maps Dengan Menghasilkan ‘Traffic Jam’ Palsu

Palestin Lenyap Daripada Apple Dan Google Maps?

Fungsi Baru Google Maps Membolehkan Pengguna Lapor Perangkap Kelajuan Dan Penutupan Jalan

Sumber