Alistair Overeem tewas pada perlawanan menentang Jairzinho Rozenstruik pada Sabtu lalu di acara UFC.

Tetapi, kekalahan ini lebih mengerikan apabila bintang MMA berusia 39 tahun itu mendapat luka yang parah di bahagian mulutnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perlawanan yang memasuki pusingan terakhir memasuki saat-saat genting apabila kedua-dua mahu memburu kemenangan.

Tetapi saat akhir perlawanan, Rozenstruik menghayun satu tumbukan yang padu ke muka Overeem.

‘Bigi Boy’ melepaskan tembakan yang kuat di sebelah kiri muka Overeem, di mana kesan daripada tumbukan itu menyebabkan bibir lawannya pecah.

Overeem selepas itu jatuh tersungkur ke tepi gelanggang sebelum bersandar di jaring selepas menerima pukulan yang padu dan kuat tersebut.

Dan Miragliotta, pengadil perlawanan dengan segera masuk campur dan menghentikan perlawanan tersebut.

Selepas beberapa jam, Overeem melakukan ciapan di laman Twitter miliknya dengan menyatakan bahawa ‘bibirnya tidak begitu cantik buat masa sekarang’.

Pertembungan ini telah menerima pelbagai reaksi daripada peminat selepas melihat aksi ganas kedua-dua bintang MMA.

Berikut adalah cerita lain mengenai UFC yang pernah kami tulis. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Justin Bieber Secara Tiba-Tiba Cabar Tom Cruise Berlawan Di UFC

Khabib Didenda RM2,000,000 Kerana Cetus Pergaduhan Di UFC 229

Khabib Dan McGregor Mungkin Bakal Bertembung Kembali Dalam Gelanggang UFC

Sumber