Penipuan dalam talian terutamanya yang menggunakan panggilan telefon bukanlah perkara baru di negara kita. Walaupun sudah ramai yang menyedari modus operandi mereka namun penipu-penipu ini dilihat masih lagi aktif dalam cubaan untuk menipu orang ramai di luar sana.

Disebabkan sudah ramai yang dapat menghidu taktik-taktik mereka ini, cubaan menipu atau ‘scam’ oleh sindiket-sindiket ini sentiasa sahaja berakhir dengan mereka kembali dimarahi dan dan dalam sesetengah kes ‘disekolahkan’ oleh bakal mangsa.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Seperti yang berlaku kepada salah seorang scammer ini yang ‘kena sekolah’ dengan bakal mangsanya selepas menggunakan Bahasa Malaysia dengan tunggang langgang dalam pesanan Whatsapp yang dihantar kepada lelaki tersebut.

Perkongsian oleh lelaki tersebut yang menunjukkan bagaimana dia memperbetulkan ejaan dan gaya bahasa scammer itu mula tular sejak beberapa hari yang lalu dan sehingga kini sudah pun mencatatkan lebih 2,000 perkongsian.

Walaupun ditegur kerana menggunakan ayat yang tunggang langgang, namun apa yang bagusnya adalah scammer itu sanggup menerima teguran yang diberikan.

Bagaimanapun, apa yang tidak bagusnya tindakan memperbetulkan ejaan dan bahasa penipu tersebut dibimbangi netizen bakal memudahkan kerja scammer tersebut dalam cubaan menipu di masa akan datang.

Bukan itu sahaja, malah wakil daripada pihak BigPay- platform yang terlibat dalam cubaan penipuan itu juga menasihatkan agar perkara sama tidak dilakukan mana-mana pengguna mereka yang mengalami situasi sama.

Perkara itu dimaklumkan melalui reply yang dihantar kepada perkongsian kepada video tular tersebut. Sebaliknya pihak mereka menyarankan agar mangsa meletakkan panggilan telefon daripada penipu dan menghubungi sendiri pihak mereka (BigPay) untuk melaporkan kejadian tersebut.

Jadi kepada anda yang menerima panggilan berunsur penipuan selepas ini adalah dinasihatkan untuk tidak meneruskan perbualan dan mengikuti langkah-langkah keselamatan yang disarankan pihak BigPay ini.

Langkah adalah bagi memastikan keselamatan diri anda sebagai pengguna dan melaporkan kejadian tersebut adalah lebih baik agar ianya dapat dihentikan daripada terus dilakukan.

Penipuan dalam talian ini bukan sahaja terhad kepada panggilan telefon malah ada juga yang menggunakan media sosial untuk berbuat demikian seperti yang dilakukan lelaki yang menyamar sebagai juruterbang. 

Lihat Bagaimana Scammer Menyamar Sebagai ‘Pilot’ Di Facebook Untuk Tipu Wanita Tempatan

Lelaki Ini Dedah Keadaan Markas ‘Scammer’ Di Cyberjaya Yang Busuk Dan Tidak Selesa

Lihat Cara ‘Cool’ Peguam Ini Tangani Scammer

Anda Mungkin Suka