Penipuan wang secara scammer bukanlah sesuatu yang baharu berlaku di Malaysia. Malah, setiap hari ada sahaja kes yang membabitkan kerugian jutaan ringgit.

Pada tahun 2018, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merekodkan sebanyak 8,313 kes penipuan membabitkan wang berjumlah kira-kira RM300 juta.

Manakala pada tahun 2019, Malaysia telah mencipta rekod sebagai salah satu daripada 20 negara teratas yang merekodkan banyak panggilan scammer, menurut tinjauan yang dilakukan oleh aplikasi mudah alih Truecaller.

Antara modus operandi yang sering menjadi jerat para scammer adalah dengan love scam. Mereka akan memancing cinta menggunakan kata-kata romantis dan janji-janji palsu untuk memperdaya mangsa wanita/lelaki yang belum berkahwin dan wanita/lelaki lanjut usia yang memerlukan teman hidup.

Terbaharu, seorang wanita bernama Fatin Pauzi berkongsi satu hantaran di Facebook. Di mana di dalam hantara terbabit, dia menceritakan bagaimana taktik terbaharu scammer untuk berlakon menjadi pilot bagi menipu wanita di Malaysia.

Dia berkata, disebalik gambar dengan wajah lelaki tempatan, namun dibelakangnya adalah mereka yang bekerja untuk menipu wanita Malaysia.

Modus operandi mereka mudah, suspek akan berkenalan dengan mangsa melalui emel, facebook, twitter dan lain-lain media sosial. Suspek akan menggunakan kata-kata manis, janji-janji palsu dan panggilan manja bagi menawan hati mangsa.

Dalam tempoh perkenalan tersebut, mereka tidak pernah bertemu dan perhubungan menjadi bertambah erat melalui perbualan telefon. Setelah mangsa terjerat dengan cinta suspek, suspek mula menagih simpati dari mangsa dan meminta pelbagai pertolongan kewangan daripada mangsa.

Mangsa yang terpedaya akan memasukkan wang ke dalam akaun suspek. Setelah sejumlah wang dimasukkan, suspek akan terus menghilangkan diri.

New Straits Times pada December tahun lalu melaporkan bahawa wanita berusia 30 tahun ditipu sebanyak RM230,000. Wanita berkenaan dilaporkan mengenali lelaki itu di aplikasi WeChat, lelaki itu turut mengaku sebagai juruterbang AirAsia kepada wanita terbabit.

The Star turut melaporkan pada September tahun lalu kejadian di mana seorang wanita ditipu sebanyak RM12,580 oleh seorang lelaki yang mendakwa bahawa dia adalah warganegara Malaysia yang bekerja sebagai juruterbang di Poland. Mereka dilaporkan berkenalan di Facebook.

Terdahulu, markas scammer di Cyberjaya telah di serang oleh pihak berkuasa tempatan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lelaki Ini Dedah Keadaan Markas ‘Scammer’ Di Cyberjaya Yang Busuk Dan Tidak Selesa

‘Scammer’ Jual Darah Dan Air Liur Bekas Pesakit COVID-19 Dengan Harga RM4,000 Di Dark Web

Guna Gambar ‘Anak Sakit’ Untuk Raih Simpati Taktik Terbaru Scammer Menipu Netizen

Sumber