Pernah tak anda terfikir ada ganjaran setimpal bagi setiap kebaikan dan kejahatan yang dilakukan oleh mana-mana individu. Untuk pengetahuan anda, sistem sedemikian sedang cuba diwujudkan oleh negara China dan dikenali sebagai sistem Social Credit yang dicipta khas untuk memberi markah pada perbuatan setiap warganegaranya.

Melalui perkongsian milik seorang pengguna Facebook John Mohamed, beliau menjelaskan mengenai sistem ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut beliau, sistem ini kelihatan seakan-akan gred peperiksaan di sekolah dimana ia dinilai melalui pembahagian gred point iaitu Gred A sebanyak 960-1000, Gred B 850-950 manakala Gred C 840-600 dan markah selebihnya dikira gred D.

Bagi anda yang mendapat markah rendah, anda akan menghadapi kesukaran untuk melakukan beberapa perkara antaranya tidak dapat membeli tiket keretapi, tidak boleh melancong ke luar negara, tidak boleh menempah hotel dan lebih memalukan gambar anda akan ditampal di merata tempat.

Akan tetapi jika anda berbuat baik, anda akan mendapat ‘advantage’ seperti dapat diskaun untuk membeli makanan, mudah membuat tempahan hotel, mudah membuat pinjaman bank serta banyak lagi kemudahan untuk anda.

Semakin banyak kebaikan yang dibuat, maka semakin banyaklah markah yang anda boleh kumpulkan. Bak kata pepatah buat baik dibalas baik. Namun jika anda melakukan perbuatan negatif seperti membuang sampah merata-rata pula markah akan dipotong.

66583663_2793620420667924_8973870076595798016_n

Menurut sumber, inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan China ini adalah bertujuan untuk mengawal penduduk mereka yang sudah mencecah hampir 1 Billion penduduk dan ia akan beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2020. Melalui sistem ini juga, ratusan kamera CCTV dengan sistem pengecaman wajah telah diletakkan di pelbagai tempat untuk memantau tingkah laku penduduk.

67169414_2793620494001250_5825031266143043584_o

Jadi apa yang anda boleh lakukan untuk dapat lebih banyak Social Credit ini? Caranya mudah sahaja iaitu anda hanya perlu menderma dan melakukan kerja-kerja kebajikan. Setiap kebaikan dan keburukan yang dilakukan oleh anda akan direkodkan dalam buku log oleh seorang ketua yang telah dilantik.

Berikutan daripada perkongsian info kewujudan sistem ini, ia mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya mengatakan bahawa sistem ini bagus dan membantu menjaga tingkah laku individu untuk menjadi lebih baik.

Screenshot_20190917-145714

Screenshot_20190917-145726

Apa pula pendapat anda, perlukah sistem sebegini diwujudkan di Malaysia juga? Dibawah kami kongsikan sistem menarik yang telah dicipta di Malaysia.

Sekolah Di Kedah Ini Gunakan Sistem Pengecaman Wajah Untuk Elakkan Pelajar Ponteng Kelas

AirAsia Lancar Sistem Pengecaman Wajah Untuk Memudahkan Daftar Masuk

Sumber