Seorang ibu di Korea Selatan sebak ketika mana dipertemukan oleh arwah anaknya di dunia maya dengan teknologi Virtual Reality.

Munhwa Broadcasting Corporation telah berkongsi klip dalam satu dokumentari khas yang berjudul ‘I Met You’ di laman YouTube milik mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jang Ji-sung Nayaeon kehilangan anaknya pada 2016 akibat penyakit yang tidak dapat diubati dan siapa sangka, tiga tahun kemudian mereka bersatu kembali di dunia maya.

“Ibu juga rindukan kamu, Nayeon sayang,” kata Jang ketika anaknya meluahkan rasa rindu.

“Kamu baik? Ibu sangat rindukan kamu Nayeon, kamu baik-baik sahaja di sana? Si cantik ibu, Nayeon, ibu ingin memeluk kamu dengan tangan ibu sendiri, ibu sangat merindui kamu.” Katanya sambil menangis.

Video yang berdurasi selama 9:38 saat itu telah menunjukkan bagaimana Jang bercakap dengan anak perempuannya. Mereka juga kelihatan memegang tangan sambil sang ibu menangis sebak. Beberapa adegan lain juga muncul dengan yang terakhir si ibu sempat menidurkan anaknya.

Ia berlaku dengan sangat emosi. Jang kelihatan menangis ketika dia nampak arwah anaknya yang kali terakhir beliau lihat adalah pada tahun 2016. Beberapa ahli keluarga yang melihat kejadian ini juga turut sebak dan mula menitikkan air mata.

“Mungkin ini syurga sebenar,” kata Jang mengenai perjumpaan semula dalam VR, lapor Aju Business Daily.

“Saya jumpa Nayeon, dia memanggil saya dengan senyuman, untuk masa yang sangat singkat, tetapi ia adalah masa yang sangat gembira. Saya fikir saya mempunyai impian yang saya inginkan. ”

Pasukan produksi menggunakan manusia betul untuk merakam pergerakan dengan menggunakan motion capture technology bagi memberi sedikit realiti di dunia maya. Mereka juga dilaporkan telah bekerja selama lapan bulan untuk menyiapkan projek ini.

Proses itu mungkin tidak mudah dan produk akhir mungkin tidak sempurna, tetapi sekarang kita sudah mempunyai teknologi untuk mencipta semula orang yang telah mati dalam bentuk maya.

Bagi anda yang mahu merasai teknologi Virtual Reality, boleh terus ke Genting Highlands. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Rasai 5 Pengalaman Berbeza Di SkyVR Genting Highlands Sesuai Buat Seisi Keluarga

Sumber