Seorang pemain biola membantu pakar bedah mengurangkan risiko kerosakan otak semasa pembedahan membuang tumor dengan bermain satu alat muzik di salah sebuah hospital di UK.

Pakar tersebut datang dengan pendekatan yang baharu bagi memastikan bahagian otak yang berfungsi untuk mengerakkan bahagian tangan tidak terjejas semasa pembedahan berlangsung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dagma Turner seorang pemuzik berusia 53 tahun dan salah seorang ahli kumpulan Isle of Wight Orchestra di selatan England, didiagnosis pada tahun 2013 dengan kanser.

Dia diminta untuk melakukan pembedahan oleh Profesor Keyoumars Ashkan, perunding pakar bedah saraf di King’s College Hospital di selatan London. Pembedahan dilakukan bagi melindungi sel-sel penting yang terletak di bahagian kanan otaknya.

Rakaman video operasi pembedahan itu juga telah dikeluarkan oleh The Guardian, menunjukkan Turner sedang bermain biola dengan dipantau oleh para doktor.

“Kami melakukan kira-kira 400 reseksi (penghapusan tumor) setiap tahun, melibatkan pesakit untuk menjalankan ujian bahasa, tetapi ini adalah kali pertama saya mempunyai pesakit memainkan alat muzik,” kata Ashkan.

“Kami berjaya mengeluarkan lebih daripada 90 peratus daripada tumor, termasuk semua kawasan yang mencurigakan, sambil mengekalkan fungsi penuh di tangan kiri,” katanya.

Kawasan yang dibedah berfungsi mengawal pergerakan mikro tangan kiri yang digunakan oleh Turner untuk mengawal bunyi biola.

Pasukan perubatan mencadangkan kepada Turner agar bermain alat muzik di tengah-tengah pembedahan dan dipantau oleh doktor bagi memastikan tiada tindak balas negatif.

Turner berkata “Saya selalu fikir saya akan kehilangan keupayaan untuk bermain alat muzik dan itu membuatkan saya sedih.”

Turner, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 13 tahun telah bermain biola sejak berusia 10 tahun. Dia dilaporkan telah keluar dari hospital tiga hari selepas pembedahan tersebut.

Lihat bagaimana pembedahan menukar jantina dilakukan, klik pautan di bawah untuk membaca.

Lihat Bagaimana Pembedahan Tukar Jantina Dijalankan

Percuma Atau Tidak Pembedahan Di Hospital Kerajaan, Ini Penjelasan Doktor Pakar

Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik Dari Kaca Mata Jurugambar

 

Sumber