Sering kita mendengar berita luggage atau bagasi kita pecah ketika sampai di lapangan terbang. Bagasi pecah adalah perkara yang menyedihkan para pelancong kerana mereka perlu memberi beg baharu untuk menggantikan beg yang sudah pecah.

Namun di Jepun, mereka seboleh-bolehnya akan kecilkan risiko bagasi pecah dengan mengendalikan setiap beg yang keluar dari pesawat dengan sangat berhati-hati. Menerusi perkongsian Nihongo Wakaranai di laman Facebook, beliau merakam cara staf di lapangan terbang Jepun mengendalikan beg dalam video di bawah.

Video ini telah dikongsi lebih 55,000 kali di Facebook dan ternyata tiada sebarang lemparan beg berlaku dan beg anda pastinya bebas dari risiko untuk rosak. Kalau bab kerja, integriti orang Jepun memang berada di tahap yang tertinggi supaya setiap kerja dapat dilakukan dengan baik.

Menerusi komen memang banyak yang memuji staf di lapangan terbang di Jepun dan mahukan staf di lapangan-lapangan terbang di seluruh dunia menjadikan staf di lapangan terbang ini sebagai contoh. Ada yang pernah mengalami pengalaman bagasi pecah di lapangan terbang sebelum ini?