Masalah jerebu yang melanda negara dilihat semakin teruk dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan meningkat saban hari dan mendapat banyak keluhan daripada pelbagai pihak. Ia turut menjejaskan kehidupan seharian penduduk di Malaysia dan Indonesia.

Terbaharu, pemilik akaun Twitter @clooverian berkongsi video rakamannya mengenai jerebu di sebuah wilayah di Indonesia. Melalui video tersebut, jelas menunjukkan keadaan jerebu yang sangat teruk yang mengakibatkan jarak penglihatan pengguna jalan raya menjadi kabur dan terhad sehinggakan ada pemandu motorsikal yang tersasar ketepi jalan dan terjatuh kerana tidak dapat melihat dengan jelas keadaan jalan raya disana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam Tweet tersebut, beliau mengatakan bahawa keadaan di sana sedang parah dan berada dalam keadaan darurat. Situasi ini menyebabkan beliau dan keluarganya menghadapi masalah batuk-batuk walaupun berada di dalam rumah. Jika berada di luar rumah pula, rasanya seperti mahu ‘mati’ kerana mengalami kesukaran untuk bernafas.

Dalam thread tersebut juga turut dikongsikan video dari beberapa sumber yang memaparkan penduduk tempatan bertungkus lumus memadamkan kebakaran hanya menggunakan kudrat yang ada pada mereka tanpa menggunakan mesin canggih.

Turut diselitkan video helikopter yang melalui kawasan tersebut hampir setiap hari siang dan malam sejak bulan Ogos lalu bertujuan untuk pemadaman air dari udara.

Dalam Thread tersebut disertakan beberapa gambar terbaru yang menunjukkan keadaan jerebu di sekitar kawasan yang dilaluinya selepas pulang daripada kampus.

EEO7phAUUAE6ghS

EEO7qHaU8AAgWqM

Perkongsiannya ini benar-benar mendapat perhatian ramai dengan jumlah Retweets sebanyak lebih 66,800 dan Likes 42,000. Di ruangan komen pula, netizen yang melalui pengalaman sama berkongsi video keadaan jerebu yang dirakam oleh mereka.

https://twitter.com/etdahboys/status/1171993944621633537

Ternyata masalah jerebu ini memberi impak yang besar kepada kehidupan seharian penduduk di Malaysia dan Indonesia. Semoga pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera.

Klik artikel ini untuk melihat gambar jerebu di Kalimantan yang pernah dirakamkan oleh fotografer beberapa tahun lepas.

Fotografer Rakam Kehidupan Suram Dan Kehancuran Di Sebalik Jerebu Di Kalimantan Tengah, Indonesia

Jerebu Melanda Miri Akibat Kebakaran Belukar

7 Tip Pemakanan Sihat Semasa Jerebu Oleh KKM

Sumber