Supreme kini membuka cawangan ke-10 nya di Paris, Perancis. Bagi peminat fesyen streetwear, barangan jenama Supreme ini memang menjadi rebutan kerana setiap item yang dikeluarkan oleh jenama ini dijual dalam kuantiti yang kecil. Sebab itu barangan Supreme ini boleh dijual kembali pada harga yang tinggi.

Kedai ini akan dibuka kepada umum pada hari ini, 10 Mac 2016. Segala koleksi musim Bunga/Panas 2016 jenama ini akan dijual termasuk jenama-jenama lain yang dibawa oleh kedai ini. Seperti biasa, skater legenda Mark Gonzales melukis untuk rekaan dalaman kedai ini serta membuat satu patung untuk kedai ini.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Jika anda ke Paris, bolehlah singgah ke kedai ini dan beli buah tangan untuk saya.

Supreme Paris
20 Rue Barbette, 75003 Paris
Tel: +33 1 43 48 80 14
11AM – 7PM, Isnin – Sabtu
12AM – 6PM, Ahad

supreme-paris-store-images-1

supreme-paris-store-images-3

supreme-paris-store-images-4

supreme-paris-store-images-5

  • SUMBER
  • HB

Anda Mungkin Suka