Super Bowl LII adalah antara acara sukan terbesar di Ameika Syarikat dan nampaknya, Marvel Studios tidak mahu terlepas peluang untuk membeli iklan ketika perlawanan ini.

Hasilnya? Beberapa persoalan dan butiran baharu hadir untuk filem akan datang Marvel, ‘Avengers: Infinity War’. Di dalam iklan 30 saat ini, anda dapat melihat Doctor Strange, Black Panther, Iron Man, Thor dan ramai lagi membuat kemunculan untuk menentang musuh paling kuat mereka, Thanos.

Dan lebih menarik, kita dapat melihat shield baharu Captain Amerika yang dibuat di Wakanda oleh Black Panther serta suit terbaru Iron Man untuk Infinity War. Teaser seperti ini yang akan membuatkan peminat-peminat Marvel rasa lebih teruja untuk menantikan filem ini di pawagam Mei ini.