Seperti yang mungkin ramai daripada anda sedia maklum, pihak kerajaan pada 16 Januari lalu telah mengumumkan penurunan kadar tol sebanyak 18% bermula 1 Februari 2020. Penurunan kadar tol ini dibuat bagi mengurangkan beban pengguna khususnya buat mereka yang kerap menggunakan lebuh raya.

Difahamkan penurunan kadar tol ini ditawarkan buat pengguna lebuh raya mengikut kelas merangkumi kelas 1, kelas 4 iaitu bagi teksi dan kelas 5 untuk bas manakala pengguna kelas 2 dan 3 bakal menerima kadar tol tanpa diskaun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi memudahkan anda, kami kongsikan info grafik mengenai kenderaan dan lebuh raya yang terlibat dengan penurunan caj tol sebanyak 18% bermula hari ini.

photo6172730206608009562 (1)

photo6172730206608009561 (1)

Berdasarkan laporan yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir, caj tol yang dikuat kuasakan ini bakal berkekalan atau tidak dinaikkan sehingga tahun 2058. Berikut merupakan perbezaan yang bakal dinikmati pengguna lebuh raya.

photo6170139349191076212 (1)

photo6172734630424324315

Kami kongsikan kepada anda pengumuan yang dibuat oleh pihak kerajaan sebelum ini mengenai penurunan kadar tol sebanyak 18%.

PLUS Kekal Milik Kerajaan, Kadar Tol Bakal Diturunkan Sebanyak 18%

Kemudahan Tambah Nilai Di Plaza Tol Ditutup Sempena Musim Tahun Baharu Cina

 

Sumber