Adakah anda pernah mendapat panggilan daripada orang yang tidak dikenali dan anda mengesyaki orang tersebut cuba untuk menipu anda? Malah, terdapat iklan di kaca TV mengatakan anda harus berhati-hati apabila mendapat panggilan yang meminta maklumat peribadi anda.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter Abdul Hakeem Aiman telah berkongsi bagaimana beliau berjaya ‘checkmate’ scammer daripada cubaan menipunya. Menurut Hakeem, beliau mendapat panggilan dari mahkamah berikutan terdapat tuntutan saman.

Walaupun beliau sudah dapat menghidu taktik penipuan itu, beliau hanya layankan sahaja panggilan tersebut untuk ketahui teknik yang cuba dilakukan. Melalui perbualan tersebut, scammer tersebut dikenali Mikail mendakwa dirinya dari Mahkamah Majistret dan Hakeem perkenalkan diri sebagai seorang peguam.

Kemudian, Hakeem telah meminta maklumat mahkamah, nama majistret dan nombor kes sehingga beliau di telefon. Siapa sangka, scammer tersebut lantas mematikan panggilan.

Untuk pengetahuan anda, mahkamah tidak akan menggunakan masa berharga mereka untuk menghubungi anda dan pihak mahkamah juga tidak memiliki nombor telefon anda. Malah, jika dalam kes sivil, peguam pihak plaintif yang akan menghubungi anda dan jika dalam kes jenayah, pihak polis yang akan mencari anda.

Anda kini boleh lebih berhati-hati jika ada ‘scammer’ cuba ingin menipu anda. Untuk ketahui lebih taktik ‘scammer’, anda boleh klik pautan di bawah. 

Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Tipu Pembeli Menerusi Iklan Di Facebook

Ini Taktik ‘Scammer’ Di Delhi Dan Agra, India Serta Tip Mengelakkannya

Ini Perbualan ‘Scammer’ Jadi Pegawai Bank Dan Polis Melalui Telefon