Setiap jurugambar pastinya mempuyai cara yang tersendiri dalam mendapatkan moment terbaik disetiap gambar yang diambil. Begitu juga dengan jurugambar yang berasal dari Mexico ini iaitu Felix Hernandez Rodriguez.

Beliau yang ditugaskan untuk mengambil gambar Audi Q2 Crossover ini memilih untuk menggunakan kereta mainan sebagai subjek beliau. Lebih menarik mengenai Felix, beliau sememangnya gemar menggunakan model kereta mainan berskala 1/43 berbanding model asli.

Bagi mendapatkan latar belakang seperti yang diinginkan tanpa perlu bergerak jauh mendapatkan moment terbaik, beliau turut ‘hasilkan’ padang pasir sendiri serta beberapa lagi latar belakang yang lain. Berikut merupakan antara beberapa gambar dibalik tabir serta hasil akhir karya beliau.

Audi Q2 Photographer

Audi Q2 Sand

Dubai
Felix memilih untuk terbang ke Dubai bagi mendapatkan gambar ini untuk dipadankan bersama Audi Q2

Model Q2

szdsbWTkxtchd
Hasil akhir karya Felix bagi iklan Audi Q2

Anda boleh tonton lebih lanjut bagaimana Felix dapatkan gambar bagi iklan Audi Q2 Crossover dengan tonton video di bawah.

Audi pada tahun ini turut memperkenalkan model R8 V10 ‘Decennium’ sempena ulang tahun ke-10. Turut dikongsikan bagaimana Proton Saga berjaya mendapat pujian pemilik di UK selepas tiga dekad.

Model Terbaru Audi R8 V10 ‘Decennium’ Diperkenalkan Sempena Ulang Tahun Ke-10

Dianggap Kereta ‘Murahan’, Pemilik Di UK Puji Ketahanan Serta Kehebatan Proton Saga