Seperti sempoinya lagi Ragaman, begitulah juga buah tangan baharu Faizal Tahir untuk peminatnya, ROJAK Box Set.

Tidak memilih gerai atau kafe hipster sebagai latar, Faizal Tahir cuma menjadikan gerai rojak tepi jalan sebenar untuk berkongsikan isi kandungan ROJAK Box Set beliau. Boleh kata tidak ramai artis Malaysia yang hadir dengan box set sebegini dan ianya memang unik dan sangat collectible.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anda yang membeli set ini akan menerima album, set sticker, gambar polaroid unik serta ucapan khas daripada Faizal Tahir khas untuk anda. Khabarnya, ini merupakan album terakhir Faizal Tahir untuk peminat. Jadi, jika anda tidak mahu memiliki album ini, jangan lupa ke laman www.faizaltahir.com pada 2 Ogos 2019.