Setiap perempuan pasti mengimpikan sebuah lamaran yang romantik seperti dalam filem yang pernah ditonton. Sebuah video lamaran telah mendapat perhatian ramai orang.

Apa yang menariknya adalah Lee Loechler, seorang pembuat filem telah melamar teman wanitanya Sthuthi David di pawagam ketika tayangan Sleeping Beauty. Bukan itu sahaja, Lee Loechler dan animator telah mengambil masa 6 bulan untuk mengubah pengakhiran cerita Sleeping Beauty tersebut.

MG_0139
HYPE
Bagai Memilih Teman Istimewa, Huawei Matebook D 15 Tawarkan Kesemua Ciri Idaman
Baca lagi →

Dapat dilihat pada pengakhiran filem, watak putera dan puteri diubah kepada Lee Loechler dan Sthuthi David dan watak putera mengeluarkan cincin untuk melamar sang puteri.

Tonton video lamaran yang cukup romantik dan kreatif ini dahulu. Pastinya para perempuan diluar sana kini ingin menerima lamaran yang lebih kreatif selepas melihat video ini?

Sebelum ini, pasangan yang viral melamar di KFC telah menarik perhatian ramai syarikat besar menaja majlis mereka. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Tuah Melamar Di KFC, Pasangan Ini Tarik Perhatian Syarikat Besar Menaja Perkahwinan Mereka

Giliran Si Madu Pula Kongsi Kisah Dilamar Kahwin Poligami Serta Keindahannya

Anda Mungkin Suka