Baru-baru ini, Korea Selatan terpalit dengan pelbagai isu skandal seks yang melibatkan nama-nama besar dalam industri hiburan Korea Selatan. Antara yang menjadi sebutan sehingga kini adalah isu spy camera yang kini berleluasa di seluruh Korea Selatan.

Son Hye Yong adalah seorang pakar dalam bidang spy cam dan dengan pengalaman lebih 20 tahun, beliau mengajar cara untuk mengesan kedudukan spy camera yang mungkin disorok di dalam bilik hotel anda. Kadangkala, kamera ini diletak di kawasan yang langsung kita tidak jangka seperti di dalam penyangkut baju, pen dan juga alat pengesan kebakaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Son, spy cam ada 4 jenis dan jenis WiFi adalah yang paling bahaya. Ini kerana kamera ini dapat diakses secara real time oleh pengendali spy cam berkenaan dan Son menjangkakan spy cam WiFi ini akan jadi lebih popular selepas ini.

Dengan 40,000 motel yang ada di Korea Selatan dan isu ini bukan sahaja terjadi di Korea Selatan, tetapi di seluruh dunia. Semoga video ini dapat membantu anda memeriksa bilik penginapan supaya anda tidak menjadi salah seorang mangsa jenayah spy camera ini.