Apabila menonton filem John Wick, Keanu Reeves seperti sangat hebat dan pro dalam mengendalikan senjata. YANG sebenarnya, ianya bukan lakonan.

Dalam video berdurasi 20 minit dikongsikan oleh Vigilance Elite ini, anda dapat melihat bagaimana Keanu Reeves belajar untuk mengendalikan setiap senjata yang digunakannya dalam filem John Wick nanti. Termasuklah pensil (tutorial ini tiada dalam video).

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Dapat dilihat betapa tekunnya John Wick mendengar arahan instructor beliau dalam video ini. Ramai juga yang memuji Keanu yang tidak banyak bercakap dan mendengar setiap apa yang beliau perlu lakukan sebelum mula menembak.

Untuk aksi beliau berlatih, boleh tonton video ini. Rakaman ini khabarnya dirakam ketika beliau berlatih untuk filem John Wick 2. Disebabkan dua video ini, kami makin tidak sabar untuk menonton filem John Wick.

Anda Mungkin Suka