Peminat kartun comel Hello Kitty pastinya pernah menyenaraikan kafe bertemakan Hello Kitty di dalam bucketlist travel sebagai salah satu destinasi yang patut dikunjung.

Terbaru, sebuah lagi kafe Hello Kitty dijangka bakal beroperasi di California pada minggu hadapan. Dikhabarkan bahawa cawangan tersebut merupakan kafe terbesar dengan dua ruangan dihiasi dengan tiga tema berbeza iaitu Hello Kitty Grand Cafe dan The Bow Room.

Untuk pengetahuan anda, para pelanggan harus membuat tempahan meja terlebih dahulu untuk sesi minum petang yang berharga $55 (~RM228) untuk seorang. Antara menu yang akan disediakan ialah sandwich, kek cawan dan banyak lagi. Selepas jam 5 petang, kafe tersebut akan menyajikan menu dari bar koktail.

interior kitty cafe

layout

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group