Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un telah memulakan pertemuan bersejarah mereka awal pagi Jumaat ini dengan jabat tangan di sempadan antara kedua-dua negara ini.

Para pemimpin dari kedua-dua negara itu dilihat berjalan bersama-sama untuk memeriksa memeriksa pengawal kehormatan ketenteraan Korea Selatan.

Beliau juga menjadi pemimpin Korea Utara pertama yang menjejakkan kaki di Korea Selatan sejak berakhirnya Perang Korea 1950-1953 dan pada sebelum ini, Moon Jae-in juga mengadakan kedua-dua pertemuan bersama mendiang ayahnya, Kim Jong-il pada 2000 dan 2007 di Ibu Kota Korea Utara, Pyongyang.

Pertemuan ketiga ini berlaku untuk menbincangkan hubungan dua hala antara dua negara dan deklarasi perlucutan senjata nuklear milik Korea Utara. Kim Jong-un berkata ianya satu permulaan baharu untuk negara beliau. Perubahan apa yang akan dibawa Kim Jong-un untuk Korea Utara di masa hadapan?