Ini satu lagi filem seram yang anda harus tonton! Jujur kami katakan, hanya melihat trailer sudah terasa elemen kejutan dan cemas dalam filem ini.

Untuk pengetahuan anda, filem The Invisible Man ini adalah filem reboot dari siri filem The Invisible Man. Melalui trailer ini, kita dapat lihat kehidupan wanita yang didera dan dikawal oleh suaminya, lalu wanita tersebut nekad melarikan diri.

Amirudin Shari
HYPE
Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Baca lagi →

Selepas itu, suami kepada wanita tersebut mati tetapi wanita tersebut percaya bahawa suaminya tidak mati. Wanita tersebut diganggu oleh seseorang iaitu suaminya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Adakah wanita tersebut dapat membuktikan bahawa beliau diganggu oleh suaminya yang telah bertukar halimunan? Sementara itu, tonton dahulu trailer The Invisible Man ini sebelum ia ditayangkan di pawagam pada 28 Februari 2020.

Apa kata baca juga artikel berkaitan filem yang akan ditayangkan di pawagam di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

Universal Kongsikan Teaser Poster Fast & Furious 9 Yang Pasti Buat Anda Teruja

7 Babak ‘Rare’ Dalam Rock Bro Dikongsi Mamat Khalid Yang Anda Tidak Pernah Lihat

Tonton Trailer Rasmi Pertama Minions: The Rise Of Gru

Anda Mungkin Suka