Jika anda mahu menaiki permainan taman tema di luar negara, anda perlu pastikan ianya benar-benar selamat sebelum menaikinya atau tidak, perkara seperti ini berisiko untuk berlaku.

Seorang individu yang berada berhampiran taman tema Kankaria Adventure Park di Ahmedabad, India telah merakam detik ngeri ini apabila salah sebuah permainan yang sedang beroperasi patah dua dan menyebabkan semua yang menaikinya jatuh terus ke tanah.

Jalan Kaki
HYPE
Hanya Jalan Kaki Setiap Hari Boleh Kurus? 2 Individu Ini Kongsi Kisah Mereka
Baca lagi →

Akibat daripada insiden tersebut, 2 pengunjung mati di tempat kejadian dan 27 yang lain cedera. Vijay Nehra, wakil ahli perbandaran Ahmedabad berkata mereka telah membuat siasatan punca perkara itu boleh berlaku.

Kemungkinan besar pihak taman tema berkenaan tidak menjalankan aktiviti selenggara yang baik untuk semua aktiviti permainan mereka. Kemungkinan besar juga taman tema berkenaan, Kankaria Adventure Park tidak mempunyai lesen yang sah untuk beroperasi.

Disebabkan itu taman tema seperti Disneyland dan Sunway Lagoon harga tiketnya sedikit tinggi kerana keselamatan setiap pengunjung sentiasa menjadi keutamaan supaya perkara seperti ini dapat dielakkan.

Jika anda mahu naik permainan yang sebegini di fun fair berdekatan anda, lihat dahulu sama ada ianya selamat atau pun tidak. Jika tidak, anda ibarat telur di hujung tanduklah jawabnya.

Anda Mungkin Suka