Nama Henry Golding tidak lagi perlu diperkenalkan dan selepas kejayaan beliau dalam filem Crazy Rich Asians di peringkat antarabangsa, kini beliau tampil dengan filem terbaharu.

Last Christmas merupakan satu filem romantik komedi dimana menampilkan Henry Golding dan Emilia Clarke sebagai pelakon utama. Malah, Michelle Yeoh turut berada dalam filem tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini, video temuramah Henry Golding dan Emilia Clarke telah dimuat naik. Menariknya dalam video tersebut, anda dapat lihat bagaimana Emilia Clarke cuba bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Video yang berdurasi 3 minit itu telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata terkejut kerana Emilia Clarke boleh mengungkapkan perkataan dalam bahasa dengan fasih.

Bercakap tentang filem Last Christmas ini, anda yang gemarkan filem berunsurkan romantik komedi harus menonton filem ini apabila berada di pawagam kelak.

Kenapa anda tonton filem ini di pawagam? Kami senaraikan dua sebab utama filem ini adalah filem wajib tonton dan anda pasti tidak akan berasa rugi.

1. Lokasi penggambaran

Jika anda sudah melihat trailer filem ini, anda pasti sudah lihat kecantikkan beberapa tempat yang ditonjolkan. Untuk pengetahuan anda, filem ini dirakamkan di London dan anda akan dapat lihat beberapa tempat yang jarang orang tahu seperti Regent Street, Piccadilly Circus, The Strand, The Embankment, dan di Covent Garden.

2. Emilia Clarke menyanyi dalam Last Christmas

Apa yang menarik perhatian adalah Emilia Clarke bukan sahaja boleh berlakon tetapi juga boleh menyanyi. Ada babak dalam filem ini yang memerlukan beliau menyanyi dan apa yang mengejutkan adalah beliau menyanyi sendiri dan tidak menggunakan suara penyanyi lain.

Sebenarnya terlalu banyak sebab kenapa filem Last Christmas ini harus ditonton. Akan tetapi, dua kelebihan ini juga sudah cukup menjadikan filem ini menarik dan pastinya ia adalah satu karya yang akan memukau penonton.

Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam pada 28 November 2019 ini dan sama-sama kita saksikan keajaiban cinta dalam filem ini.

Sebelum itu, jika anda belum tonton trailer filem ini, anda boleh tonton dengan klik pautan di bawah ini.

Tonton Trailer Rasmi Last Christmas Menampilkan Henry Golding

Karya Drama Melayu Tidak ‘Bermutu’ Punca Nasir Bilal Khan Tolak Tawaran Berlakon?

Aflix Punca Ahmad Idham Mahu ‘Sekat’ Kandungan Netflix?