Sempena Hari wantia sedunia, kami berkongsi filem pendek arahan David Leon iaitu “Endurance Test” di NOWNESS’s. Filem ini menceritakan Ruqsana Begum yang merupakan satu-satunya atlet wanita muslim Muay Thai British campuran Bangladesh. Beliau mula terjebak masuk ke gelanggan pada usia 18 tahun. Pada tahun lalu, beliau telah melancarkan jenama tudung beliau sendiri iaitu ‘Lycra’.

Filem berdurasi 4 minit ini menunjukkan had minda dan keadaan badan seorang profesional atlet Ruqsana dalam dan luar gelanggang. David Leon berkata, “Saya sedang mencari seorang wanita cerita yang kuat dan bernilai dan akhirnya saya berjumpa Ruqsana. Seorang atlet Muay Thai wanita bertaraf dunia yang selalu sukan ini di dominasi oleh orang lelaki.” David Leon menambah, “Dia telah mengatasi stereotaip dan konvensial kaum, sosial dan agama untuk bersaing di peringkat dunia dalam sukan yang tidak ada glamor, tidak ada saraan dan tiada tawaran pengesahan yang menguntungkan ini.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tonton video ini jika ingin mengetahui lebih lanjut kisah Ruqsana.