Letusan Gunung Berapi Taal bukan sahaja berjaya menangkap perhatian dunia, tetapi ia juga berjaya menangkap mata jurugambar. Setakat hari ini, pelbagai gambar ‘menarik’ dari letusan gunung berapi telah dikongsi.

Gunung berapi yang terletak di selatan Manila telah mengakibatkan kawasan bandar – terutamanya Makati – dihujani dengan hujan abu yang menutup pandangan mata serta mengakibatkan warna langit berubah kepada mendung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Taal mula memuntahkan asap bermula jam 1 tengahari waktu tempatan – ia menyebabkan hujan abu sehingga 15 kilometers. Salah seorang pengguna Facebook, John Ray Ebora berkongsi gambar keadaan gunung berapi tersebut selepas 3 jam ia memuntahkan asap.

Institut Gunung Berapi Filipina berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas situasi terkini diletakkan di tahap ke-4 di mana bila-bila masa sahaja Gunung Berapi Taal boleh meletus.

Untuk pengetahuan semua, Gunung Berapi Taal adalah gunung berapi kedua paling aktif di wilayah ini dan kali terakhir ia meletus adalah pada tahun 1977, iaitu 43 tahun lalu.

Jalan di sekitar pekan Tagaytay – pekan paling dekat dengan gunung berapi dan telah menawarkan pemandangan yang cantik kepada pelancong – telah ditutup dengan hujan abu.

Gambar yang dikongsi oleh Anna Ortiz menunjukkan bahawa abu telah menutup hampir separuh daripada warna asal pekan kecil ini dan dilaporkan bahawa sebahagian pelancong telah diminta untuk tidak meninggalkan hotel mereka.

1578897515852-EB5F1C72-ADFC-4C72-B9CB-FF453D36A062
ANNA ORTIZ
1578899160749-5FBFD3A2-2813-4630-A54C-4A5714E533DD
ANNA ORTIZ
1578895617675-000_1NN8JH
Vice

Manakala bagi pasangan ini pula, letusan gunung berapi bukanlah penghalang kepada kemeriahan mereka untuk menyambut hari istimewa.

Kedua pasangan ini tetap melangsungkan perkahwinan mereka biarpun dengan langit gelap dan asap tebal dibelakang mereka.

Jurugambar perkahwinan, Randolf Evan menggunakan sepenuhnya situasi Gunung Berapi Taal bagi disesuaikan dengan hari istimewa kedua mempelai.

Di dalam ‘kemeriah’ ini juga, terdapat beberapa keluarga yang menderita dengan kejadian letusan gunung berapi ini.

Di Twitter, seorang pengguna media sosial @Kim berkongsi gambar satu keluarga yang terkena hujan abu sehingga menutup wajah mereka.

https://twitter.com/artsIave/status/1216388903944409088?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1216388903944409088&ref_url=https%3A%2F%2Ftwitter.com%2FartsIave%2Fstatus%2F1216388903944409088

Hujan abu telah merebak di seluruh Metro Manila dan Luzon Tengah, mendorong para netizens memberi amaran kepada rakan-rakan mereka dan berkongsi petua mengenai bagaimana untuk selamat dari kesan berbahaya abu dari gunung berapi.

Jabatan Kesihatan (DOH) memberi amaran kepada orang ramai bahawa pendedahan kepada abu gunung berapi boleh menyebabkan sakit tekak, batuk, penyakit seperti bronkitis, ketidakselesaan semasa bernafas, masalah mata, dan masalah kulit. DOH menasihati mereka yang mengalami ini untuk mendapatkan bantuan perubatan segera.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia pula menasihatkan semua orang untuk memakai topeng dan peralatan perlindungan mata dan memastikan makanan dan air mereka selamat untuk digunakan.

Menurut Phivolcs, terdapat sejumlah 75 gempa gunung berapi di kawasan sekitar Gunung Berapi Taal. Tiga puluh dua dirasakan dengan intensiti antara Intensiti II hingga V di Tagaytay City, serta bandar-bandar lain di wilayah Batangas dan Laguna.

Anda pasti tertanya-tanya bagaimanakah keadaan di dalam lahar gunung berapi. Klik pautan di bawah untuk melihat cara lebih dekat keadaan lahar gunung berapi.

Drone Ini Merakam Video Lahar Gunung Berapi Dari Jarak Dekat Dan Ianya Menakjubkan

Rakyat Malaysia Antara 5 Yang Terkorban Dalam Tragedi Letusan Gunung Berapi Di New Zealand