Perlumbaan Formula 1(F1) tidak perlu diperkenalkan lagi dan sukan ini mempunyai peminatnya di serata dunia. Untuk merakam kenderaan F1 pastinya memerlukan peralatan kamera yang canggih untuk merakam setiap momen penting sepanjang perlumbaan.

Tidak bagi Joshua Paul. Jurugambar untuk majalah Lollipop GP ini memilih kamera vintaj untuk merakam perlumbaan F1. Ianya bukan kamera dari tahun 70an atau 80an, tetapi kamera dari tahun 1913, Graflex 4×5. Sangat menarik kamera yang sudah berusia 104 tahun ini masih dapat berfungsi dengan baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
paul kimi
Paul mengajar Kimi Raikkonen cara merakam gambar dengan Graflex

Paul memulakan kerjaya sebagai jurugambar profesional pada tahun 1997. Selepas banyak membuat rakaman gambar untuk majalah dan beberapa projek bersama kamera Graflex miliknya, beliau mula mendapat peluang untuk merakam di litar F1 pada tahun 2013 di perlumbaan Spanish Grand Prix.

Jurugambar yang menggunakan kamera digital dapat mengambil gambar sebanyak mana yang mereka mahukan selagi ada memory card yang kosong. Tetapi tidak bagi Paul. Kamera Graflex vintaj miliknya cuma boleh merakam 20 gambar untuk setiap sesi sebelum beliau perlu menukar ke filem yang baharu. Jadi setiap gambar adalah sangat penting bagi Paul. Beliau perlu memikirkan shot dan composition setiap gambar dahulu sebelum menekan butang kameranya.

Menarik tentang kamera Graflex ini adalah anda tidak tahu gambar apa yang akan terhasil sebelum ianya dicuci. Gambar yang dihasilkan juga bergantung kepada fokus kamera ini. Inspirasi Paul terkesan dari sebuah majalah tahun 1969 di mana jurugambarnya senganja merakam gambar perlumbaan yang blur dan out of focus.

“Kebanyakkan jurugambar F1 merakam gambar untuk stock photo agensi mereka bekerja. Hanya sebilangan kecil yang mengambil gambar untuk mengabadikan moment perlumbaan F1 itu sendiri kerana pasaran untuk gambar sebegini tidak besar,” kata Paul.

Objektif Paul adalah untuk merakam imej yang cantik dengan Graflex miliknya dan hasilnya memang sangat awesome. Anda seperti melihat gambar dari tahun 30an tetapi realitinya, ia dirakam pada tahun 2016. Ini adalah antara gambar yang dirakam Paul sepanjang 3 tahun beliau merakam di litar F1 seluruh dunia.

P/S: Buat peminat F1 di Malaysia, litar Sepang akan digunakan buat kali terakhir pada tahun ini selepas 19 tahun litar ini berkhidmat untuk sukan F1. Pulangan yang tidak seberapa dalam beberapa tahun ini menjadi salah satu faktor litar Sepang tidak akan disenaraikan dalam kalendar perlumbaan F1 tahun hadapan. One last ride di Sepang September ini?