Baru-baru ini telah tular di laman sosial Facebook mengenai perkongsian gambar-gambar yang merakamkan peristiwa atau kehidupan warga kota Kuala Lumur sekitar tahun 1990-an. Gambar-gambar tersebut telah dikongsikan oleh Kuala Lumpur Street Photographer merupakan hasil koleksi Magnum Photos Malaysia.

Album yang mengandungi sebanyak 54 gambar tersebut dikongsi semula hampir 3,800 pengguna dan menerima sejumlah komen yang kagum dengan koleksi gambar tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikut merupakan antara gambar yang dikongsikan.

1. Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri ke-4 (1990)

2. Kesesakan lalu lintas di Jalan Tun Razak (1998)

3. Suasana malam di Chinatown, Kuala Lumpur (1997)

4. Pelukis seni jalanan (1990)

5. Telefon awam (1997)

6. Jalan Bukit Bintang (1997)

7. Penjualan pakaian dalam secara terbuka (1990)

8. Makanan jalanan (1990)

9. Sambutan Hari Kemerdekaan (1990)

10. Tapak pembinaan KLCC (1998)

11. Burger McDonald’s RM1.59 sahaja

Anda boleh melihat keseluruhan koleksi gambar tersebut di laman Facebook KL Street Photographer dan di laman web Magnum Photo Pro dengan kata carian Kuala Lumpur.

Gambar-gambar ini semestinya menggamit memori terutamanya anda yang sudah menetap lama di Kuala Lumpur. Perkara apa yang anda paling rindu semasa zaman ini yang tidak lagi wujud di Kuala Lumpur?