Siapa sangka hasil karya jurugambar amatur dari Hong Kong, Daniel Chung yang hanya menggunakan kamera Sony A7 keluaran tahun 2013 berjaya memenangi hati orang ramai. Gambar tersebut dinobatkan sebagai anugerah People’s Choice dalam pertandingan tahunan National Geographic Travel Photographer.

Gambar yang diberi nama “The Girl Who Leapt Through Time” itu menurutnya diambil ketika beliau menghadiri pameran karya digital di Shenzen. Gambar tersebut menunjukkan seorang gadis berbaju merah seakan-akan sedang merentasi ‘dunia fantasi’ dengan lampu-lampu yang bergemerlapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hkphotographer

Gambar tersebut telah menerima sebanyak 1,973 undian daripada pembaca dan juri. Daniel juga menghantar satu lagi gambar miliknya yang diberi nama “That Someone In The Crowd” yang menunjukkan individu yang sedang berdiri di antara pengguna di stesen MTR. Pertandingan itu menerima kira-kira 13,000 penyertaan setiap tahun dengan tema yang pelbagai dari serata dunia.