Berakhirnya sukan Para Asia yang berlangsung di Jakarta bermakna pulanglah atlet para yang mewakili Malaysia. Kepulangan mereka pada kali ini sudah pastinya merupakan kepulangan yang manis buat para atlet selepas berjaya membawa pulang 17 pingat emas, 26 pingat perak dan 25 pingat gangsa.

Menariknya, kepulangan mereka pada kali ini bukan sahaja dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq malah mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin antara yang turut hadir menyambut para atlet.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Disebalik kehadiran dua individu penting dalam industri sukan negara, YB Syed Saddiq dan YB Khairy Jamaluddin seolah tidak bersefahaman berdasarkan gaya yang ditunjukkan YB Khairy Jamaluddin meskipun masing-masing saling bermesra di Twitter.

Gaya yang ditunjukkan YB Khairy Jamaluddin sekaligus telah menimbulkan tanda tanya bagi orang ramai yang secara tidak langsung menjemput para netizen membuat pelbagai andaian.

Antara andaian yang kerap dikongsikan netizen adalah pendedahan yang dibuat YB Syed Saddiq mengenai fasiliti Akademi Mokhtar Dahari yang penuh dengan cacat cela yang sekaligus menunjukkan kelemahan YB Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Walaubagaimanapun, tindakan Khairy Jamaluddin menyambut atlet para harus dipuji. Melalui video yang dimuat naik, jelas beliau begitu tersentuh dan terharu dengan semangat patriotik dan kesukanan yang ditunjukkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang berjaya mencipta rekod terbaru dunia dalam acara 100m T36 lelaki.

Difahamkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puji sanggup meneruskan larian meskipun tidak begitu cergas. Lebih menyayat hati apabila beliau mengatakan kejayaan yang diperolehinya ditujukan kepada Mantan Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Khairy Jamaluddin.

Berdasarkan komen para netizen, dikatakan kejayaan ini ditujukan buat YB Khairy Jamaluddin berikutan dorongan dan bimbingan yang diberikan YB Khairy Jamaluddin semasa menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Diharap selepas ini, perbezaan parti bukanlah sempadan buat YB Khairy Jamaluddin dan YB Syed Saddiq bergabung tenaga dan turun padang meluang masa dalam memajukan industri sukan negara.