Semalam bermulanya Road Show Hot Wheels #ChallengeAccepted di Sunway Velocity Mall dari 14-18 Mac ini dan ternyata pameran ini menjadi tumpuan peminat Hot Wheels.

Khabarnya ada model khas yang dijual di sini yang boleh dibeli pada harga retail. Dalam video yang dikongsi Kuantan Collector Toys/Hobby di bawah, dikatakan mereka ‘berebut’ untuk mencari model 2018 Collector Edition ini.

Terhibur juga lihat gelagat peminat Hot Wheels ini. Yang bapa sibuk mencari kereta yang diidamkan. Si anak selamba sahaja duduk di tepi sambil tonton kartun di iPad. Macam-macam ragam peminat Hot Wheels ini.

Mungkin ada beberapa model lain yang turut dicari peminat Hot Wheels di pameran ini. Buat peminat Hot Wheels jangan lepaskan peluang untuk ke Sunway Velocity Mall. Mana tahu masih ada model rare yang tegantung pada rak di sini.