Dunia jurugambar adalah pesona yang selalu dilihat mudah oleh masyarakat. Tetapi disebalik pekerjaan yang dilabel mudah itu, ia sebenarnya datang dalam pelbagai bentuk dugaan dan cabaran.

Minggu ini kami berpeluang untuk mengenali seorang fotojurnalis bebas, Sadiq Asyraf yang pernah bertugas untuk beberapa media ternama dunia seperti Associated Press (AP), Agence France-Presse (AFP), Reuters dan media antarabangsa yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sadiq dalam temubualnya bersama The Vocket mengakui bahawa ramai yang beranggapan fotografi adalah pekerjaan yang mudah disebabkan teknologi yang semakin hari semakin canggih, namun ia adalah tanggungjawab seorang jurugambar untuk mendidik masyarakat agar mereka memahami dunia fotografi.

Processed with MOLDIV

“Ia menjadi tanggungjawab jurufoto sendiri untuk mendidik masyarakat dengan hasil-hasil foto yang berkualiti dan mempunyai nilai yang tinggi bukan sahaja sekarang, malah untuk menjadi rujukan pada masa akan datang juga

“Secara khususnya, Malaysia masih belum memandang industri kreatif termasuk fotografi sebagai satu industri yang boleh memacu ekonomi negara setaraf dengan industri-industri yang lain.

“Walhal di zaman ini, fotografi serta industri kreatif yang lain merupakan medium yang paling penting untuk mempromosi negara kita, budaya kita serta produk-produk Malaysia ke serata dunia,” katanya.

IMG_5933

IMG_6049

IMG_6026

Sungai Kim Kim in Pasir Gudang on March 17, 2019. SADIQ ASYRAF

IMG_6009

IMG_6008

IMG_6006

LUCAS MATTHYSSE, MANNY PACQUIAO

IMG_5995

IMG_5986

IMG_5973

IMG_5959

IMG_5932

 

Karyanya dalam dunia fotografi juga pernah diterbitkan di banyak laman berita antarabangsa seperti TIME, The New York Times, The Wall Street Journal, CNN, BBC, ESPN, FOXSports dan akhbar-akhbar luar negara.

Ketika bercerita soal kejayaannya, Sadiq menyatakan kepada kami bahawa setiap perkara perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh serta ikhlas dalam apa jua tugasan.

“Bagi saya, perkara yang paling penting adalah sentiasa berikan 100% dalam apa jua tugasan yang anda lakukan sehingga anda sendiri puas dengan hasil tersebut.

“Namun begitu, masih belum cukup untuk mengatakan saya berjaya dalam dunia fotografi ini kerana pada saya perjalanan fotografi saya masih jauh dan banyak lagi perkara yang ingin saya capai,” katanya.

Diakhir temubual, dia sempat menitipkan pesan kepada anak muda yang bercita-cita untuk menjadi seorang jurugambar yang berjaya, “Teruskan usaha anda, fokus pada diri dan perkara yang anda ingin capai serta cari mentor yang boleh membimbing anda. Perlu sentiasa rajin membaca, membuat rujukan, mencari ilmu dan akhirnya terus menghasilkan foto-foto yang berkualiti.”

Buat anda yang mahu mengikuti hasil kerja Sadiq, boleh terus ke laman webnya di www.sadiqasyraf.com atau boleh lihat thread Sadiq di Twitter berkongsi pengalamannya menggunakan berbagai jenis kamera ketika tugasan.

Terdahulu, kami juga pernah memaparkan hasil karya anak muda Malaysia yang mempunyai minat dalam dunia astrofotografi. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pengalaman Mengembara Ke Galaksi Bima Sakti Di Kaki Langit Kuala Kubu Bharu