Baru beberapa tahun sahaja dilancarkan, model Honda Civic Type R atau FK8R sudah boleh dilabel sebagai model yang ikonik. Berjaya memecah rekod di trek Nürburgring Nordschleife pada tahun 2017 antara yang membuktikan kehebatan model ini.

Pada tahun ini, Honda sekali lagi ingin memberi kepuasan memandu yang lebih buat para peminat Honda dengan pelancaran model edisi terhad. Model kali ini masih lagi dilengkapi dengan 2.0 liter turbo yang menghasilkan 306 kuasa kuda dan 295Nm tork.

Main-Timeline.00_01_15_03.Still006
HYPE
Bagai Lilin Yang Membakar Diri, Pak Nil Kongsi Insan Di Sebalik Kejayaan Dalam Hidupnya
Baca lagi →

https___hypebeast.com_image_2020_02_honda-civic-type-r-limited-edition-002

https___hypebeast.com_image_2020_02_honda-civic-type-r-limited-edition-006

https___hypebeast.com_image_2020_02_honda-civic-type-r-limited-edition-003 (1)

Walau bagaimanapun, kemas kini pada kali ini memfokuskan kepada sistem stereng, penggunaan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 serta beberapa komponen lain sekaligus membuatkan model terbaharu ini lebih ringan berbanding model Honda Civic Type R sebelum ini.

Warna Phoenix Yellow yang dipilih sekaligus menaikkan lagi seri model ini. Dilaporkan model edisi terhad ini cuma tersedia sebanyak 1,000 unit. Sama-sama kita nantikan harga beast daripada Honda ini.

Kami kongsikan kepada dua model keluaran Honda iaitu Accord dan City yang bakal dilancarkan Honda Malaysia tidak lama lagi.

Honda Accord 2020 Dengan Enjin 1.5L VTEC Turbo Sedia Dibuka Untuk Tempahan

Honda City 2020 Dilancarkan Di Thailand Dengan Enjin 1.0 Liter Turbo

Anda Mungkin Suka