Rumah 3D printing bukanlah sesuatu yang baru di negara luar namun usaha. Berbekalkan konsep sedia ada, syarikat New Story telah mebentangkan idea dengan mewujudkan rumah 3D printing mampu milik.

Berdasarkan idea yang ditampilkan, New Story yang berasal dari Silicon Valley ini menawarkan alternatif dalam usaha untuk membantu golongan masyarakat miskin. Difahamkan sebuah rumah 3D cuma menelan belanja sekitar $4000 (RM15,580). Lebih menarik rumah ini berjaya disiapkan di dalam sehari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rumah ini bakal mula dibina selepas idea dibentangkan di El Salvador selaku negara yang berminat untuk menjadi yang terawal. Berdasarkan harganya yang rendah, tidak mustahil penawaran rumah ini secara meluas bakal mendesak harga rumah sedia ada.

Kami harap rumah yang dihasilkan 3D printing ini mampu bertahan dengan baik serta tidak menjadi skim penipuan terbaru buat negara kita beberapa tahun akan datang.