Setiap kali bermulanya musim persekolahan, perkara yang paling membingungkan buat para guru di Malaysia adalah untuk memastikan murid-murid terutamanya mereka yang baru pertama kali memasuki alam persekolahan tidak merasa bosan untuk ke sekolah.

Malah setiap awal tahun kita pasti akan melihat berbagai kerenah anak-anak yang menangis dan tidak mahu ke sekolah kerana berasa takut dan janggal dengan suasana baru.

Tidak mahu muridnya berasa bosan dengan suasana persekolahan, guru cemerlang dari Johor Bharu, Alfian Mansor timbul dengan idea baru untuk membuka taman tema air di prasekolah Az Zahrah yang berada di Sekolah Orang Asli Sayong Pinang.

Idea untuk membuka taman tema air itu menurutnya yang ditemubual GPS Bestari katanya sangat berkesan dan berjaya mencipta rekod kehadiran 100 peratus ke sekolah selepas idea itu dilaksanakan ketika minggu orientasi minggu lepas.

gps2
FOTO: GPS BESTARI

Sekolah itu sebelum ini kata guru tersebut sentiasa berhadapan dengan masalah kehadiran murid seperti yang turut dihadapi sekolah Orang Asli yang lain.

gps1
FOTO: GPS BESTARI

Bukan sahaja berseronok bermain air, murid juga menurutnya didedahkan dengan aktiviti rutin kebersihan diri seperti serta keselamatan dan perlindungan seksual sepanjang minggu orientasi tersebut.

Masa bermain dan belajar haruslah seimbang barulah anak-anak kita akan lebih gembira seperti adik ini yang memilih untuk melukis pelan bangunan di waktu lapangnya seperti yang kami pernah kami kongsikan sebelum ini.

Persis Arkitek, Kanak-Kanak Ini Kreatif Lukis Lakaran Ubah Suai Rumah Di Usia 12 Tahun

Ini Simptom Influenza A Yang Anda Perlu Tahu Dan Cara Untuk Mencegahnya

Benarkah Ada Sesetengah Nama Itu ‘Berat’ Untuk Ditanggung Oleh Pemiliknya?

Sumber