Pernah melihat jirannya mengalami kemalangan basikal sewaktu kecil, seorang bekas jurutera daripada syarikat gergasi, Google terinspirasi untuk menghasilkan sebuah inovasi terbaru bagi sarung tangan basikal. Beliau adalah Zack Vorhies.

Semuanya bermula apabila Zach Vorhies mula menceburi bidang pakaian elektronik apabila seorang rakannya yang bekerja dalam industri fashion berjumpa zach untuk bekerjasama. Seterusnya, sejak April 2013, Zach mengajak pereka bentuk daripada New York iaitu Wheylan Dean-Ford untuk membuat pakaian elektronik bersama beliau. Beberapa siri reka bentuk permulaan telah terhasil yang boleh dilihat di dalam futuretechwear.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
be5aba67e43a4bb5d926c6c4cfc49a98_original
Sumber: kickstarter

Salah satu reka bentuk futureteachwear terawal jenama ini adalah projek Turn Signal Gloves. Setelah sekian lama mengusaha ciptaan ini Zach mengambil keputusan untuk fokus sepenuh masa dan meletak jawatan sebagai seorang jurutera di Google.

Uniknya mengenai sarung tangan yang dihasilkan adalah sarung tangan ini dilengkapi dengan ciri-ciri seperti daya tahan yang kuat yang mudah dicuci dengan mesin basuh, kualiti kain yang premium, bateri yang boleh dicas semula serta penggunaan tenaga yang efisien melalui LED. Pengecasan bateri melalui USB yang disediakan. Bergantung kepada cara penggunaan sarung tangan itu untuk menentukan daya ketahanan bateri.

Setakat ini, projek ini telahpun menerima dana sebanyak $72,555 menerusi Kickstarter. Buat anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh menyumbang sebanyak $69 untuk mendapatkan sepasang sarung tangan daripada futuretechwear ini.

https://youtu.be/8egw_eJzjh8