Jika anda sedang berkira-kira untuk mendapatkan iPad Pro yang terbaru, mungkin anda akan fikir dua kali selepas melihat video ini.

JerryRigEverything menjalankan tugas beliau seperti biasa dengan menguji ketahanan iPad Pro. Apple berkata iPad Pro adalah peranti hebat yang boleh buat apa sahaja yang anda mahukan. Tetapi nampaknya, dari segi ketahanan ianya tidak begitu hebat.

iPad Pro membolehkan anda berkarya menggunakan stylus, cuma seperti biasa ianya dijual secara berasingan. Perkara paling penting apabila memiliki iPad Pro ini adalah anda perlu memastikan anda tidak kepak atau terduduk atasnya. Mudah sahaja iPad Pro melengkung dalam video ini.

Jika anda masih mahu membeli iPad Pro ini, pastikan anda menjaganya dengan baik atau ianya akan rosak dengan cepat. Terutamanya jika anda beri anak anda bermain dengannya.