Peminat filem James Bond pasti teruja dengan teaser yang baru sahaja dikongsikan. Akhirnya setelah 4 tahun, James Bond bakal tampil dengan filem terbaharunya No Time to Die.

Menerusi teaser yang berdurasi 14 saat ini, dapat dilihat Daniel Craig membawa watak James Bond dan difahamkan bahawa ini adalah filem James Bond terakhir untuk Daniel Craig.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak banyak yang dapat disimpulkan menerusi teaser ini tetapi terdapat watak jahat baharu yang pastinya menjadikan filem ini sesuatu yang mesti ditonton dan pasti akan lebih aksi. Malah, dapat dilihat kelibat Lashana Lynch yang dikhabarkan akan menjadi ejen 007 yang baharu.

Tonton dahulu teaser ini sementara menantikan trailer rasmi yang dijangkakan akan keluar pada hari rabu ini iaitu 4 Disember 2019. Filem ini akan berada di pawagam pada 8 April 2020. Sama-sama kita nantikan.

Itu tentang filem perisikan James Bond, di Malaysia kini filem Ejen Ali sedang hangat di pawagam. Jika anda belum menontonnya, apa kata baca sedikit review pada pautan di bawah ini.

‘Fun’ Dan Penuh Aksi, Ejen Ali: The Movie Animasi Tempatan Terbaik Tahun Ini

Baru Sehari Ditayangkan Di Pawagam, Ejen Ali: The Movie Raih RM1.86 Juta Kutipan