Anda sering lepak bersama-sama rakan anda di restoran dan sudah bosan kerana hanya makan, bersembang dan kemudian pulang? Bagaimana jika kami katakan anda boleh bermainan permainan yang menyeronokkan bersama rakan anda sambil menikmati makanan enak?

Tidak perlu runsing mencari tempat lepak bersama rakan anda lagi. Kafe We Play Games ini tampil dengan keunikkan kerana anda boleh bermain pelbagai permainan dan dikhabarkan terdapat 300 papan permainan di sini.

Dengar sahaja pasti sudah buat anda teruja, bukan? Perjumpaan anda bersama rakan-rakan anda kelak tidak lagi akan membosankan kerana anda boleh berhibur bermain permainan seperti Ticket to Ride, Chicken Cha Cha dan sebagainya.

https://www.instagram.com/p/BzQTENpFFsa/

e580
Sumber: We Play Game

Konsep yang dibawakan oleh kafe ini cukup unik dan menarik. Malah, rekaan kafe ini cukup cantik dan sesuai juga jika mahu adakan parti atau sambutan bersama keluarga atau rakan-rakan anda.

Anda hanya perlu membayar RM28 seorang untuk mencuba kesemua permainan di sini dan juga boleh mendapatkan air dan pencuci mulut. Sudah namanya kafe pastilah jual makanan.

EJukfpJU8AAaGr8
Sumber: Maaaalie Twitter
EJukfpKUwAA5YNL
Sumber: Maaaalie Twitter

Terdapat pelbagai pilihan menu yang ada di sini, antaranya adalah pasta, pastry dan sebagainya. Sebelum terlupa, kafe ini terletak di Tamarind Square, Cyberjaya. Kafe ini dibuka dari jam 12 tengahari hingga 1 pagi. Adakah anda teruja untuk ke kafe ini?

Anda mungkin tercari-cari tempat untuk lepak di sekitar Kuala Lumpur. Jangan risau, klik pautan di bawah untuk ketahui tempat yang anda boleh pergi.

10 Senarai Tempat Berlatar Belakangkan Bangunan KLCC Yang Boleh Anda ‘Chill’

‘Ink Library’ Kafe Tema Basikal Yang Menarik Di Puncak Alam

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman ‘Dating’ Di Pusat Sains Negara

Sumber