Waktu rehat adalah masa yang paling digemari setiap murid. Adakah anda masih ingat bagaimana persekitaran kantin sekolah anda? Kami percaya suasana kantin di setiap sekolah pastinya hampir sama dengan susunan kerusi dan meja panjang untuk murid-murid berkumpul dan menikmati makanan yang disediakan.

Berlainan pula dengan suasana di Sekolah Menengah Pasir Gudang yang menampilkan susun atur ruang kantin yang menyediakan suasana persis kafe hipster di luar sana. Bukan sahaja dengan susunan perabot yang menjadikan kantin sekolah ini unik tetapi dekorasi dan penggunaan lampu berona kuning tentu sahaja menjadi elemen utama untuk merealisasikan suasana ruangan ini berubah 100%.

kantin3

kantin2

kantin4

Untung sungguh pelajar di sekolah ini, bukan? Pastinya dengan kelebihan sebegini menjadikan pelajar-pelajar sekolah tersebut menjadi lebih bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan dan perbaot yang disediakan berada dalam keadaan yang baik.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group