‘Urusan Seri Paduka Baginda’ merupakan buah tangan terbaru daripada monoloQue yang dilancarkan secara rasmi minggu lalu.

monoloQue seperti biasa mahu lari daripada muzik yang biasa kita dengar di radio dengan menggabungkan elemen traditional gamelan dengan alatan muzik moden. Hasilnya? Lagu yang enak untuk didengar ini.

Menambahkan lagi keunikan lagu dan video muzik ini adalah dengan adanya montaj pertabalan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 30 Julai yang lalu. Daulat Tuanku.