Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengarah Skull Island, Jordan Vogt-Robert telah memperkenalkan sepasang kasut Detective Pikachu yang diinspirasikan dari Off-White ™ x Air Jordan 1.

Kasut yang ini juga diilhamkan oleh ‘stompinggroundcustoms’, artis yang terkenal dengan “Dragon Ball Super: Broly-inspired kicks” yang berpusat di New York.

Kasut versi Pikachu ini diambil daripada rekaan ikonik untuk sukan bola keranjang yang direka khas dalam warna kuning dan putih. Menariknya, koleksi kasut ini juga menampilkan beberapa reka bentuk yang mewakili watak Pikachu pada bahagian tepi dan belakang kasut tersebut. Lihat koleksi kasut Pikachu yang sangat menarik dan cool di bawah.

 

Anda Mungkin Suka