Buat pertama kali secara rasminya, GUNDAM berkolaborasi bersama sebuha jenama barangan sukan terkenal dari China, 361°. Kolaborasi ini menghasilkan barisan sneakers yang diinspirasikan daripada karakter GUNDAM dan pastinya menjadi impian setiap peminat karakter ini.

Antara rekaan yang ditampilkan ialah MS-06F Zaku II dan MS-06S Char’s Zaku II yang menghasilkan sepasang sneakers berwarna hijau dengan kemasan tambahan berwarna hitam pada sisi kasut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

361_gundam_zaku_sneakers_image9

Selain itu, karakter robot paling terkenal RX-78-2 juga didatangkan khas dengan set pin dan patch yang dijangka akan dijual dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. Menurut jurucakap kedua-dua jenama ini, hasil kolaborasi ini tidak akan dijual dengan harga yang begitu tinggi kerana mereka mahukan semua peminat memiliki edisi khas ini.

Selain daripada kasut, kolaborasi kali ini juga akan memperkenalkan baju T-Shirt dengan rekaan setiap karakter GUNDAM.