Selepas tularnya rakaman Raj’s Banana Leaf yang membasuh pinggan menggunakan air kotor, nampaknya para peniaga seolah tidak mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku.

Terbaru, sebuah restoran popular di Senawang yang menyediakan hidangan sate pula menjadi perhatian netizen berikutan dapur dan tempat penyediaan satenya yang sangat kotor dan menjijikkan. Berikut merupakan tempat penyediaan sate yang menjadi perbualan netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

44520855_491540757997018_5428472829714628608_n

44342819_491540771330350_4889408392017215488_n

44525043_491540811330346_6906679845762105344_n

44453494_491540841330343_3223737864659402752_n

44444464_491540864663674_1048160092546924544_n

Melalui perkongsian terbaru para netizen, gerai yang dimaksudkan adalah Satay Tulang Jelebu berdekatan Dataran Senawang. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) telahpun menjalankan operasi dan didapati tempat penyediaan sate ini tidak menepati ciri-ciri restoran yang bersih.

Berdasarkan siasatan peralatan masakan yang kotor dan prosedur penyediaan makanan yang tidak bersih antara yang dijalankan di premis ini. Selain itu, para pengendali makanan juga dilaporkan tidak mendapatkan suntikan tifoid.

Diharap para peniaga lebih cakna dan bertanggungjawab dalam menyediakan bukan sahaja makanan yang bersih malah tempat memasak juga bebas daripada tempat ulat membiak dalam menjamin makanan yang bersih buat para pelanggan.