Seringkali kita melihat terdapat kilang yang menghasilkan barangan palsu. Bermula daripada penghasilan pakaian berjenama sehinggalah kepada penghasilan produk elektronik palsu.

Namun lain ceritanya pada kali ini apabila terdapat sebuah kilang di Brazil berjaya menghasilkan model kereta Lamborghini dan Ferrari palsu. Lebih mengejutkan, terdapat pembeli yang mendapatkannya berikutan penawaran harganya yang jauh lebih murah iaitu sekitar $45,000 (RM185,188).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan serbuan yang dibuat, pihak polis Brazil berjaya memberkas lapan orang individu yang dipercayai merupakan individu yang menjalankan bisnes kereta palsu ini. Berikut merupakan keadaan kilang serta model kereta yang dihasilkan untuk mengelirukan pengguna.

Fake Lamboghini 2

Fake Ferrari

Fake Lamboghini Seat

Fake Lamboghini Logos

Difahamkan modus operandi yang dijalankan adalah menawarkan kereta palsu ini di website dengan harga rendah dimana para pembeli cenderung untuk mendapatkannya berdasarkan gambar yang dilihat. Walau bagaimanapun, sumber kelengkapan barangan dalam dan luar kereta merangkumi tempat duduk, enjin serta chasis masih menjadi misteri.