Adakah anda tahu kewujudan kolam renang terbesar dunia iaitu di San Alfonso del Mar resort, Chile? Bagaimana jika kami katakan terdapat kolam renang seperti itu di Asia?

Untuk pengetahuan anda, terdapat kolam renang terbesar di Asia seperti di San Alfonso del Mar resort, Chile iaitu terletak di Treasure Bay Bintan Di Kepulauan Riau, Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
image
Sumber: Treasure Bay Bintan
story-20160112155814-4
Sumber: Treasure Bay Bintan

Bagi anda yang tidak tahu, Kepulauan Riau ini berdekatan dengan Batam dan difahamkan anda boleh ke sini dengan menaiki bot laju atau feri. Kolam renang ini seluas 6 hektar dan dapat dilihat terdapat pasir pada bahagian tepi yang kelihatan seperti pantai buatan.

DCIM100GOPRO
Sumber: Treasure Bay Bintan
OWj12iATwg
Sumber: Treasure Bay Bintan

Terdapat banyak tarikan yang anda boleh lakukan di sini seperti berkayak, sailboat, ATV, dan banyak lagi. Bukan sahaja anda akan dihadiahkan dengan pemandangan yang cantik tetapi terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan.

Jika anda ingin ke sini, bayaran masuk ke tempat ini adalah SGD $12 (~RM37) sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web ini.

Tahukah anda bahawa pasar Vietnam terbesar akan dibuka di Malaysia? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Pasar Vietnam Terbesar Bakal Dibuka Di Malaysia Pada Tahun Depan

Tarikan Terbaharu Di Teluk Cempedak, Kuantan Dikecam Kerana ‘Kurang Menarik’

Lihat Rekaan Hotel The Ritz-Carlton Di Langkawi Yang Unik dan Elegan