Kita perlu bersyukur di Malaysia, setiap sekolah pasti mempunyai kemudahan komputer. Jika tidak sebuah makmal komputer yang lengkap, pastinya ada komputer untuk kemudahakan urusan di sekolah.

Namun tidak semua negara di dunia mempunyai akses atau kemudahan seperti ini di negara mereka. Dua minggu lalu, viral beberapa gambar seorang guru di Ghana hanya menggunakan papan hitam untuk mengajar aplikasi Microsoft Word kepada anak didiknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelbagai perasaan timbul apabila melihat gambar ini. Rasa pilu apabila melihat masih ada yang tidak pernah merasai teknologi langsung walaupun kini sudah tahun 2018. Rasa terharu apabila melihat effort dan kegigihan guru ini berusaha keras untuk mengajar anak didiknya tentang komputer.

Lebih menarik adalah diagram yang dilukis beliau juga cantik dan persis Microsoft Word yang sebenar! Siap dengan penggunaan warna berlainan lagi.

Guru berkenaan, Richard Appiah Akoto, 33 adalah guru untuk subjek komputer di Betenase Junior High School di bandar Sekyedomase, Ghana. Beliau sudah menjadi guru di sekolah berkenaan selama 6 tahun. Bagi beliau, lukisan adalah cara yang terbaik untuk mengajar anak didiknya tentang subjek ini. Jadi anak didiknya akan lebih faham apa yang beliau mahu ajar.

Selepas berita ini, Microsoft memberikan khabar gembira apabila mereka akan menaja beberapa set komputer buat Richard dan sekolahnya. Ianya berita yang pastinya mengembirakan buat pelajar Richard.

Begitulah pengorbanan seorang guru terhadap anak didik mereka. Golongan guru akan buat apa yang termampu untuk mengajar anak bangsa supaya mereka membesar menjadi insan yang berguna. Bagi anda pula, apa pengorbanan guru yang paling terkesan di hati anda sehingga ke hari ini?

Sumber