Salman Al-Kontar adalah warga Syria yang mahu lari daripada pergolakan yang sedang berlaku di negaranya. Timbul masalah apabila beliau tidak dibenarkan meninggalkan lapangan terbang KLIA2.

Dalam video oleh Vice News ini, beliau membawa wakil Vice melihat tempat beliau tidur dan bagaimana beliau hidup di lapangan terbang. Apabila melihat video ini, teringat dengan filem lakonan Tom Hanks ‘The Terminal’. Tidak sangka perkara seperti ini boleh berlaku di dunia nyata.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Masalah buat Salman adalah beliau datang ke Malaysia untuk bekerja. Disebabkan beliau tidak mempunyai Visa dan sudah tinggal di Malaysia hampir 90 hari, beliau perlu pulang ke Syria. Masalah lain yang bakal timbul jika beliau kembali ke Syria adalah beliau akan ditangkap oleh pihak kerajaan kerana tidak menyertai program ketenteraan yang diwajibkan oleh rejim Assad.

Lihat sendiri keluhan Salman. “No one wants me and I’m not that bad guy. It hurts me.” Pihak United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) sedang dalam proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapai oleh Salman ini. Semoga urusan Salman dapat dipermudahkan.