Sering kita lihat kemahiran jurusolek kesan khas atau lebih dikenali sebagai sfx makeup menerusi filem dan drama yang menunjukkan kesan luka atau lebam pada tubuh atau wajah pelakon yang kelihatan seperti kecederaan sebenar. Ramai juga sedia maklum bahawa teknik solek ini memerlukan latihan dan kemahiran yang tinggi untuk menampakkan solekan tersebut seperti realistik.

Siapa sangka kanak-kanak berusia 10 tahun berjaya mencari wang belanja dengan ‘melukis’ luka pada rakan sekolahnya dengan hanya menggunakan pensil warna dan magic colour sahaja. Menerusi tweet yang dimuatnaik oleh @atifahhhhhh yang menerima lebih 17,000 retweet dan lebih 11,000 likes menunjukkan bakat anak saudaranya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/atifahhhhhh/status/1151832228948635650

Difahamkan kanak-kanak berusia 10 tahun itu yang dikenali sebagai Nurul Iman Syuhadah kini mengusahakan servis sfx makeup tersebut bersama dua lagi rakannya di sekolah. Setiap lukisan tersebut akan dicaj dengan harga berlainan mengikut jenis keseriusan luka yang dialami.

capture-20190722-133207
sumber: Twitter

Cita-cita sebagai seorang doktor menjadi pendorong kepada minat Nurul Iman untuk mempelajari teknik lukisan tersebut. Menurut info, Nurul Iman mula mempelajari teknik lukisan itu hanya melalui video ‘5 Minutes Craft’ di Facebook. Rata-rata netizen juga menyokong minat Nurul Iman dengan memberi galakan untuk mendapatkan bimbingan dan latihan yang sepatutnya.