Bagi yang sedang mencari telefon baharu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan telefon pintar Huawei Mate 10.

Kami mencuba sendiri smartphone flagship Huawei Mate 10 untuk mengetahui sejauh manakah smartphone ini berjaya memberikan saingan disebalik kehadiran pelbagai smartphone flagship sejak akhir-akhir ini.

Dengan saiz skrin 5.9 inci, telefon pintar ini mudah digenggam di samping memberi kepuasan untuk anda melihat gambar atau video pada skrin. Sekiranya anda suka menangkap gambar, kamera dual-lens Leica ini memang hebat dan bukan sekadar gimik daripada Huawei.

Bella sudah cuba sendiri Huawei Mate 10 ini untuk menangkap gambar di sekitar Bukit Bintang dan hasilnya memang mengagumkan. Anda boleh lihat review Bella tentang telefon ini pada video di atas. Baru anda nampak kemampuan sebenar telefon pintar Huawei Mate 10 ini.